658.05 Kg Sampah Berjaya Dikutip Sempena Hari Gotong-Royong Sedunia Bersama Selangor Maritime Gateway

- ditulis oleh Shahirah Anuar

Cuaca yang tenang pada 24hb September untuk 54 sukarelawan yang berdedikasi berkumpul di Mangrove Point bersedia memberikan impak yang signifikan terhadap alam sekitar. Program Guardians Against Garbage adalah sebuah aktiviti pembersihan hutan paya bakau bersempena Hari Gotong-Royong Sedunia 2023 yang dianjurkan oleh Forum Air, kerjasama dengan Selangor Maritime Gateway dan Klang River Festival. Acara ini bertujuan untuk mengamplifikasikan usaha pemeliharaan hutan paya bakau dan juga sumber air ke arah ekosistem yang bersih dan sihat. 

Cuaca yang tenang pada 24hb September untuk 54 sukarelawan yang berdedikasi berkumpul di Mangrove Point bersedia memberikan impak yang signifikan terhadap alam sekitar. Program Guardians Against Garbage adalah sebuah aktiviti pembersihan hutan paya bakau bersempena Hari Gotong-Royong Sedunia 2023 yang dianjurkan oleh Forum Air, kerjasama dengan Selangor Maritime Gateway dan Klang River Festival. Acara ini bertujuan untuk mengamplifikasikan usaha pemeliharaan hutan paya bakau dan juga sumber air ke arah ekosistem yang bersih dan sihat. 

Program ini bermula dengan ucapan ringkas namun berinspirasi dari Pengarah Program Forum Air, En. Fadly Bakhtiar yang menekankan kepentingan pemeliharaan habitat semula jadi bemula dengan usaha individu untuk melakukan perubahan. Wakil dari Selangor Maritime Gateway (SMG) juga mengucapkan penghargaan atas kolaborasi dalam program ini demi kepentingan untuk melindungi alam sekitar dan ini juga merupakan kolaborasi kali kedua bersama SMG dalam usaha pemeliharaan biodiversiti Mangrove Point.

Kata alu-aluan disampaikan oleh Pengerusi Forum Air, merangkap kepada Pengarah Program EcoKnights, Fadly Bakhtiar sebelum aktiviti gotong-royong bermula

Sejurusnya tamat ucapan dan juga sedikit sebanyak penerangan mengenai bagaimana aktiviti gotong-royong akan berlaku, sukarelawan memasuki hutan paya bakau, Mangrove Point. Sepanjang perjalanan mereka ke tempat gotong-royong, mereka juga disambut oleh persekitaran yang hijau dan flora serta fauna yang pelbagai seperti ikan belacak, anak ketam dan burung-burung. Tidak terlepas juga pemandangan sampah yang terdampar di sepanjang titi jalan, daripada pintu peti sejuk sehinggalah tempat duduk tandas. Namun, ianya bukanlah penghalang kepada sukarelawan untuk cuba mengutip sampah sebanyak yang mungkin berdasarkan kekuatan tenaga yang sedia ada. 

Dalam keseronokkan bergotong-royong, para peserta bersusah-payah untuk berjalan dalam kawasan yang sangat berlumpur sepanjang aktiviti berlangsung. Manakala sesetengah peserta juga ditugaskan dalam mengasingkan sampah kepada beberapa kategori sebagai pengenalan serta pendidikan kepada mereka bahawa betapa pentingnya untuk menguruskan sampah anda dengan lebih bertanggungjawab. 

Suasana sekitar ‘broadwalk’ yang dipenuhi oleh pelbagai jenis sampah ketika aktiviti pengasingan sedang berlangsung

Kebanyakan sampah di kawasan Mangrove Point datang daripada Sungai Klang yang di mana ia menunjukkan bahawa masihnya berlaku pembuangan sisa sampah domestik serta bahan industri yang tidak berhemat. Itulah matlamat utama program Guardians Against Garbage untuk memberikan pendedahan kepada orang ramai realiti sebenar dalam hubungan manusia dengan alam sekitar yang di mana setiap tindakan yang kita lakukan akan memberikan kesan secara langsung tanpa kita sedari.

Para sukarelawan sedang bertungkus-lumus mengangkat sisa sampah
dari kawasan gotong-royong ke tempat pengasingan 

Dalam masa kurang dari sejam, pasukan ini berjaya mengumpul sebanyak 658.05 kilogram sampah. Kejayaan ini juga dapat menggariskan kepentingan misi mereka pada hari tersebut adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang perlindungan biodiversiti, terutamanya hutan paya bakau dan sungai. Acara ini berjaya dengan gemilangnya, membuktikan kesan positif yang boleh diberikan oleh sekumpulan individu jika terus komited terhadap alam sekitar.

Wajah ceria terpampang setelah selesainya bertungkus-lumus di bawah cuaca yang terik

Acara ini berakhir dengan upacara penutupan serta jamuan hidangan ringan kepada para peserta setelah bertungkus-lumus sejak awal pagi lagi. Pihak Forum Air bersifat optimistik untuk menjayakan lagi program sebegini pada tahun yang akan datang. Diharapkan Guardians Against Garbage dapat berfungsi sebagai contoh yang menonjol dalam pemeliharaan alam sekitar dikendalikan oleh masyarakat komuniti yang peka.

Forum Air amatlah mengalu-alukan kerjasama pada masa yang akan datang dengan pelbagai pihak demi menyebarkan kesedaran dan pendidikan air yang mapan kerana itulah matlamat kami, mewakili pengguna. Jika anda terdapat sebarang pertanyaan mengenai program yang akan datang, anda boleh menghubungi pihak Forum Air di suara@airkita.org.my atau melalui laman sosial media kami di Instagram @airkita_malaysia atau Facebook airkitatanggungjawabbersama

Add a Comment

Your email address will not be published.