Berita baik untuk anda semua 🗞

Pertandingan ini telah dilanjutkan sehingga 30 Oktober 2023.
Ayuh ajak kawan-kawan atau ahli keluarga untuk sertai bersama sebelum tamatnya aktiviti ini.  

Terokailah Kreativiti Anda dalam Kesedaran Mengenai Alam Sekitar

Kempen pertandingan digital ini adalah khusus untuk orang ramai yang mahu meneroka potensi kreativiti mereka dalam memenuhi minat ang berfokuskan kesedaran mengenai alam sekitar , iaitu secara spesifiknya air.

Adakah anda mahu memberikan impak yang bermakna di sekeliling anda sambil meningkatkan kemahiran komunikasi digital anda? Jika ya, ambillah peluang ini sekarang dengan menghantar video pendek kepada kami!

 

Mengenai Kempen Ini

Objektif

Untuk menyediakan platform kepada individu yang bersemangat dan berinspirasi mengenai isu alam sekitar dan juga memanfaatkan bakat kreatif mereka dalam membangunkan kemahiran ‘soft skill’ mereka dalam komunikasi digital.

Kenapa Perlu Sertai Kempen Ini?

Dengan menyertai pertandingan ini, anda bukan sahaja berpeluang mempamerkan kreativiti anda tetapi juga menyumbang kepada usaha untuk menyebarkan kesedaran penting mengenai isu-isu berkaitan dengan air di Malaysia.

Butiran Pertandingan

Kesedaran dan Pendidikan Mengenai Air

Terbuka untuk semua warga MALAYSIA (kumpulan universiti dan kumpulan bekerja) berumur 18- 40 tahun.

Untuk syarat penuh, sila lihat di sini

Hadiah menarik menanti pemenang, termasuk ganjaran wang tunai dan peluang untuk menampilkan video anda dalam mana-mana program Forum Air

Penilaian penyertaan dilakukan berdasarkan kreativiti, kejelasan mesej dan kesan keseluruhan video

Kategori yang terbuka adalah dua, iaitu Kategori A (Video Sosial Media) manakala Kategori B (Video Penceritaan Pendek). Untuk maklumat format video, sila rujuk di sini

Proses Penyertaan

Penghasilan video

Video pendek antara 5 sehingga 10 minit berdasarkan tema yang telah diberi.

Penghantaran video

Muat naik video anda ke platform kami sebelum tarikh akhir penyerahan, iaitu 30hb September 2023

Tarikh-Tarikh Penting

Tarikh pengumuman kempen

Tarikh tamat penghantaran video

Tarikh pengumuman pemenang

15hb September 2023

30hb Oktober 2023

Bakal diumumkan