Advokasi Suara Pengguna Air Dengan Jelas dan Proaktif
Melalui saluran Kempen #AirKita, komunikasi dua hala secara berkesan digunakan untuk menyampaikan suara-suara pengguna air dengan proaktif bagi mendapatkan perhatian dan penyelesaian sewajarnya
Komunikasi Maklumat yang Jelas dan Efektif
Bahan-bahan komunikasi efektif mengandungi informasi serta isu air semasa yang sahih dan tepat dihasilkan melalui Kempen #AirKita penting untuk mendidik masyarakat menjadi pengguna air yang lebih bertanggungjawab
Ke Arah Komuniti yang Prihatin dan Ambil Cakna
Pemerkasaan komuniti untuk menjadi lebih peka dan prihatin terhadap pengurusan air melalui keterlibatan yang aktif dalam aktiviti lapangan di bawah Kempen #AirKita
Komponen Aktiviti #AirKita
Laman Media Sosial
Melalui saluran Kempen #AirKita, komunikasi dua hala secara berkesan digunakan untuk menyampaikan suara-suara pengguna air dengan proaktif kepada pihak SPAN
Penglibatan Komuniti
Utamakan penglibatan orang awam dalam aktiviti pembangunan kapasiti serta berkongsi pendapat mengenai perkhidmatan bekalan air dan pembentungan tempatan
Penglibatan Korporat Tempatan
Membawa suara-suara proaktif berdasarkan perspektif pengguna air melalui jalinan hubungan antara komuniti dan badan-badan berkuasa yang disokong oleh SPAN
Informasi #AirKita
Aktiviti Jerayawara dan Bengkel di Program Petrosains’ Weekend Special 2024
Aktiviti Jerayawara Forum Air di SEA Youth Sustainability Summit 2024
Klang Valley Water Crisis: Causes and Impacts
Pelajar UPSI Cemerlang Sebagai Naib Johan dalam Kelayakan Adobe Certified Professional World Championship
They need your help
Kenali Duta #AirKita
Mr. Kennedy Michael
Mr. Amlir Ayat
Dr. Yasmin Rasyid
Kongsi Kisah Anda
Kongsikan pengalaman dan kisah anda bersama kami
Soalan Lazim (FAQs)
Kempen #AirKita adalah salah satu inisiatif yang dianjurkan oleh Forum Air, bermatlamat untuk mengurangkan jurang komunikasi antara pengguna air dan juga agensi-agensi air di bawah SPAN untuk memahami peranan serta tanggungjawab yang perlu dilakukan secara kolektif sebagai masyarakat yang prihatin. Matlamat ini dicapai melalui penyediaan platform untuk pengguna menyuarakan pendapat atau maklum balas, sebaran maklumat serta pemerkasaan komuniti melalui aktiviti kemahiran dan perkongsian pengetahuan yang terbuka kepada orang awam mengenai perkhidmatan bekalan air dan pembentungan.
Melalui Kempen #AirKita ini, orang awam dapat berkongsi sebarang maklum balas atau pertanyaan mengenai pengurusan air dan pembetungan di ruang yang sedia ada di laman web #AirKita. Maklum balas ini akan dikumpul serta dikongsi kepada pihak SPAN dan operator bekalan air yang berlesen untuk mengambil tindakan lebih lanjut. Untuk memahami dengan lebih lanjut, anda boleh klik di sini
Komunikasi dua hala yang berkesan, antara orang awam dengan agensi bekalan air dan pembetungan, merupakan salah satu komponen penting dalam membina persefahaman dan kepercayaan. Melalui maklum balas pengguna bersertakan tindakan susulan yang dilakukan oleh pihak SPAN dapat mewujudkan hubungan kerjasama yang lebih berstruktur dalam menyelesaikan sebarang isu.
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Pertubuhan Alam Sekitar EcoKnights Kuala Lumpur dan Selangor adalah agensi penting dalam inisiatif ini. EcoKnights telah dilantik sebagai badan Forum Air pada tahun 2023-2024, sebagai sebuah badan yang ditubuhkan untuk membantu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi menjalankan fungsi-fungsi di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 dan akan menjalankan tugas dan tanggungjawab sepertimana yang digariskan bawah Seksyen 70 Akta tersebut.
Kempen #AirKita akan berlangsung sepanjang tahun 2023 dan 2024. Sila ikuti perkembangan terkini kami dengan mengikuti kami di laman media Instagram.