Advokasi Suara Pengguna Air Dengan Jelas dan Proaktif

Melalui saluran Kempen #AirKita, komunikasi dua hala secara berkesan digunakan untuk menyampaikan suara-suara pengguna air dengan proaktif bagi mendapatkan perhatian dan penyelesaian sewajarnya

Komunikasi Maklumat yang Jelas dan Efektif

Bahan-bahan komunikasi efektif mengandungi informasi serta isu air semasa yang sahih dan tepat dihasilkan melalui Kempen #AirKita penting untuk mendidik masyarakat menjadi pengguna air yang lebih bertanggungjawab

Ke Arah Komuniti yang Prihatin dan Ambil Cakna

Pemerkasaan komuniti untuk menjadi lebih peka dan prihatin terhadap pengurusan air melalui keterlibatan yang aktif dalam aktiviti lapangan di bawah Kempen #AirKita

Pengurusan Air Mapan Bermula dengan Suara Kita

Kepekaan serta keprihatinan orang awam adalah penting bagi memastikan kelestarian bekalan air negara.

Kami Bawakan Suara Anda

Mainkan peranan anda sebagai pengguna air yang bertanggungjawab dengan berkongsi suara anda kepada kami! 

Disokong oleh

Komponen Aktiviti #AirKita

Laman Media Sosial

Melalui saluran Kempen #AirKita, komunikasi dua hala secara berkesan digunakan untuk menyampaikan suara-suara pengguna air dengan proaktif kepada pihak SPAN

Penglibatan Komuniti

Utamakan penglibatan orang awam dalam aktiviti pembangunan kapasiti serta berkongsi pendapat mengenai perkhidmatan bekalan air dan pembentungan tempatan

Penglibatan Korporat Tempatan

Membawa suara-suara proaktif berdasarkan perspektif pengguna air melalui jalinan hubungan antara komuniti dan badan-badan berkuasa yang disokong oleh SPAN

Informasi #AirKita

They need your help

Lorem ipsum is are many variations of pass of norms and guide an effective simply free text majority.

Kenali Duta #AirKita

Kongsi Kisah Anda

Kongsikan pengalaman dan kisah anda bersama kami

Soalan Lazim (FAQs)

Berikut ialah beberapa soalan lazim yang kami terima, dan kami berharap ianya dapat membantu menjawab beberapa persoalan anda.

Kempen #AirKita adalah salah satu inisiatif yang dianjurkan oleh Forum Air, bermatlamat untuk mengurangkan jurang komunikasi antara pengguna air dan juga agensi-agensi air di bawah SPAN untuk memahami peranan serta tanggungjawab yang perlu dilakukan secara kolektif sebagai masyarakat yang prihatin. Matlamat ini dicapai melalui penyediaan platform untuk pengguna menyuarakan pendapat atau maklum balas, sebaran maklumat serta pemerkasaan komuniti melalui aktiviti kemahiran dan perkongsian pengetahuan yang terbuka kepada orang awam mengenai perkhidmatan bekalan air dan pembentungan.

Melalui Kempen #AirKita ini, orang awam dapat berkongsi sebarang maklum balas atau pertanyaan mengenai pengurusan air dan pembetungan di ruang yang sedia ada di laman web #AirKita. Maklum balas ini akan dikumpul serta dikongsi kepada pihak SPAN dan operator bekalan air yang berlesen untuk mengambil tindakan lebih lanjut. Untuk memahami dengan lebih lanjut, anda boleh klik di sini

Komunikasi dua hala yang berkesan, antara orang awam dengan agensi bekalan air dan pembetungan, merupakan salah satu komponen penting dalam membina persefahaman dan kepercayaan. Melalui maklum balas pengguna bersertakan tindakan susulan yang dilakukan oleh pihak SPAN dapat mewujudkan hubungan kerjasama yang lebih berstruktur dalam menyelesaikan sebarang isu.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Pertubuhan Alam Sekitar EcoKnights Kuala Lumpur dan Selangor adalah agensi penting dalam inisiatif ini. EcoKnights  telah dilantik sebagai badan Forum Air pada tahun 2023-2024, sebagai sebuah badan yang ditubuhkan untuk membantu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi menjalankan fungsi-fungsi di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 dan akan menjalankan tugas dan tanggungjawab sepertimana yang digariskan bawah Seksyen 70 Akta tersebut.

Kempen #AirKita akan berlangsung sepanjang tahun 2023 dan 2024.  Sila ikuti perkembangan terkini kami dengan mengikuti kami di laman media Instagram.

Kenali Operator Air Anda