Latar Belakang Kami

Air Kita, Tanggungjawab Semua

Mengenai Kempen #AirKita

Kempen “Air Kita, Tanggungjawab Semua” atau secara singkatannya #AirKita merupakan kempen anjuran Forum Air yang dilancarkan sebagai inisiatif dalam mengumpulkan dan menyampaikan suara-suara pengguna secara proaktif terutamanya dalam pelbagai isu berkaitan dengan air di Malaysia.

Kami berusaha untuk mencapai objektif berikut:

Mengenai Forum Air

Forum Air merupakan satu badan yang ditubuhkan untuk membantu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006. EcoKnights telah dipilih dan didaftarkan sebagai badan Forum Air pada tahun 2023 dan 2024, dan akan menjalankan tugas dan tanggungjawab sepertimana yang digariskan bawah Seksyen 70 Akta tersebut.

Misi Forum Air

Forum Air mahu rakyat Malaysia mendapat akses kepada bekalan air dan serta perkhidmatan sanitasi berterusan yang sistematik, bersih, dan selamat.

Memberi maklum balas dan cadangan kepada SPAN mengenai perkara yang berkaitan dengan kepentingan pengguna dalam perkhidmatan bekalan air dan pembetungan.

Mewakili minat pengguna dalam perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembetungan.

Memajukan kepentingan pengguna yang berkaitan dengan tarif, dan standard bekalan air dan perkhidmatan pembetungan.

Mengenal pasti dan mengkaji semua perkara berkaitan yang mewakili kepentingan pengguna dan akan memastikan bahawa semua pemegang lesen perkhidmatan air akan menyedari, dan responsif terhadap isu berkaitan perkhidmatan yang diberikan

Kerjasama Antara SPAN dengan EcoKnights

Pertubuhan Alam Sekitar EcoKnights Kuala Lumpur atau EcoKnights telah dilantik sebagai badan Forum Air pada tahun 2023-2024, sebagai sebuah badan yang ditubuhkan untuk membantu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi menjalankan fungsi-fungsi di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 dan akan menjalankan tugas dan tanggungjawab sepertimana yang digariskan bawah Seksyen 70 Akta tersebut.

Wakil Duta #AirKita

EcoKnights

Pertubuhan Alam Sekitar EcoKnights Kuala Lumpur dan Selangor (atau EcoKnights) merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan (ROS). Organisasi ini diterajui oleh rakyat tempatan selama lebih 17 tahun dalam mendidik dan memberi kesedaran terhadap kepentingan alam sekitar. Program-program yang dijalankan adalah dalam bentuk pendidikan yang memfokuskan isu-isu pemuliharaan alam sekitar di Malaysia.

Dr. Yasmin Rasyid

Pengerusi EcoKnights

Beliau pernah dipaparkan dalam keratan akhbar seperti  ‘Alam Sekitar Yang Lebih Baik, Aspirasi ‘EcoKnights’ dan juga ‘A Green DNA’

Amlir Ayat

Naib Pengerusi EcoKnights

Water Warriors UM

Water Warriors ialah projek alam sekitar yang dibangunkan untuk perlindungan dan pemuliharaan air di sekitar kampus  Universiti Malaya.  Projek bermatlamat untuk membina kesedaran dan penglibatan orang ramai dalam melindungi sumber air di sekitar kampus dengan melibatkan masyarakat untuk menjalankan pemantauan asas, yang dikenali sebagai ‘citizen scientist’. Water Warriors bukan sahaja fokus kepada pemantauan, malah penglibatan dalam ‘gotong-royong’ dan pelaporan awam mengenai kebocoran air di kampus.

Affan Nasaruddin

Pengasas Bersama Water Warriors UM

Beliau pernah dipaparkan dalam keratan akhbar seperti ‘Air Selangor, UM kerjasama tangani isu bekalan air’

Siti Norasiah Abdul Kadir

Pengasas Bersama Water Warriors UM

Beliau pernah dipaparkan dalam keratan akhbar seperti ‘Students as change agents for sustainable development’

Alliance of River Three (ART!)

River Three ialah Program Pemuliharaan, Perlindungan dan Pemulihan Sungai (CPR) yang menggunakan Gotong Royong Education By Action (GREduAction!) sebagai pendekatan untuk melaksanakan River Three Park yang direka bentuk, diterajui, dan dibina oleh komuniti. Pendekatan ini, serta idea River Three Park, juga merupakan konsep dan strategi yang dicipta oleh Kennedy Michael, salah seorang pemenang The Star Golden Hearts Award. River Three merangkumi Sungai Klang Taman Melawati dan Sungai Klang Mid Valley.

Kennedy Michael

Pengasas ART!

Pusat Pembangunan Lestari Universiti Malaya (UMSDC)

Pusat Pembangunan Lestari Universiti Malaya (UMSDC) ditubuhkan pada 2021 memberikan fokus visinya untuk mentransformasi UM sebagai model kampus di bandar yang memacu agenda rendah karbon, amalan terbaik, gaya hidup dan solusi kelestarian. Visi ini dipandu oleh tiga (3) misi utamanya: (1) Walk the Talk (Merangka dan memacu pengurusan pelestarian kampus selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan, sasaran sifar bersih, dan amalan terbaik ESG, (2) Inovasi dan Tindakan – Menyelaras dan menyokong solusi berorientasikan tindakan dan transformasi kampus dan masyarakat rendah karbon dan lestari, dan (3) Inspire, Be Inspired – Meningkatkan kepintaran kelestarian dan memacu pembudayaan amalan gaya hidup rendah karbon dan lestari.

Mohd Fadhli Rahmat Fakri

Pegawai Penyelidik UMSDC

Beliau pernah dipaparkan dalam keratan artikel seperti Sama-sama melestari kampus dan juga Academics pool brainpower to combat algal invasion

Engineers Without Borders Malaysia (EWBM)

Engineers Without Borders Malaysia (EWBM) adalah sebuah organisasi bukan keuntungan yang memanfaatkan kepakaran pelajar, pendidik, ahli akademik, dan profesional di Malaysia untuk projek kejuruteraan yang memberi manfaat kepada komuniti yang kurang bernasib baik, terpinggir, dan kurang berkemampuan – dengan penekanan kepada kelestarian alam sekitar dan pemerkasaan komuniti.

EWBM memperbaiki kualiti hidup komuniti ini melalui reka bentuk dan pelaksanaan penyelesaian kejuruteraan yang mudah dan lestari. Memandangkan akses kepada air bersih masih mencabar bagi banyak komuniti di Malaysia, EWBM membantu menangani isu ini dengan menyediakan sistem penghantaran yang berkesan, termasuk penuaian air hujan, suapan graviti serta paip yang didorong pam.

EWBM bergabung dengan Engineers Without Borders – International, sebuah persekutuan antarabangsa yang diiktiraf secara global bagi Persatuan Anggota Engineers Without Borders / Ingenieurs Sans Frontieres (EWB-ISF).

Sanjiv Indran

Pengasas Bersama & Presiden EWBM

Beliau pernah dipaparkan dalam keratan majalah seperti Sanjiv Indran appointed President of Engineers Without Borders dan juga audio siar Engineers Without Borders Work With Water4Life.