Suara Anda Penting! Sertai Tinjauan Selidik Kualiti Perkhidmatan Air di Malaysia

Forum Air ingin mendengar suara anda! Kami sedang menjalankan tinjauan awam tentang perkhidmatan air di Malaysia, dan pandangan anda adalah penting bagi kami.

Melalui saluran Kempen #AirKita, komunikasi dua hala secara berkesan digunakan untuk menyampaikan suara-suara pengguna air dengan proaktif bagi mendapatkan perhatian dan penyelesaian sewajarnya daripada operator air negeri dan pembetungan.

Pendapat dan keprihatinan anda untuk salurkan suara yang aktif sebagai pengguna air adalah keutamaan kami, dan hasil tinjauan ini adalah demi kepentingan komuniti untuk membentuk masa depan perkhidmatan air di Malaysia.

Klik di sini untuk memberi maklum balas Perkhidmatan Air di Malaysia

Maklum balas ini merupakan salah satu sebahagian daripada inisiatif “Kempen Air Kita, Tanggungjawab Bersama”, yang dikendalikan oleh Forum Air. Dalam usaha untuk memupuk sifat prihatin, peka dan tanggungjawab dalam masyarakat terhadap pengurusan air dalam kehidupan seharian ini, EcoKnights telah dilantik untuk menyokong Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dalam menjalankan fungsi di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, yang digariskan secara khusus dalam Seksyen 70 Akta tersebut.

Mainkan peranan anda sebagai pengguna air yang bertanggungjawab dengan berkongsi suara anda kepada kami! 

Pengurusan Air Mapan Bermula dengan Suara Kita

Anda juga boleh menyokong kami dengan ikuti maklumat terkini mengenai perkhidmatan air dan pembetungan di Malaysia serta isu-isu berkaitan dengan air serta kepenggunaan di: 

Instagram: @airkita_malaysia 

Facebook: Air Kita Tanggungjawab Bersama

Tiktok: @suaraairkita

Laman sesawang: https://www.airkita.org.my/ 

Terima kasih!

Add a Comment

Your email address will not be published.